Monday, December 28, 2009

perutusan semester baru

Assalamualaikum wbt.

Dengan ini saya sebagai exco 2 Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua UPM ingin mengalu-alukan kepulangan kembali sahabat2 ke semester 2 sesi 2009/2010. Semoga dengan kehadiran semester yang baru ini bakal mencoretkan kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan kita menimba ilmu di bumi Ilahi yang luas ini. Semoga kegagalan lalu tidak menjadi batu penghalang bagi kita menempatkan diri kita ke tahap yang lebih tinggi. Akhir kalam sambutlah salam perjuangan penuh ukhwah disertai dengan doa agar kita semua dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.


salam mesra buat semua,
Nurhilmiyani Bt Ismail
Exco 2
Sekretariat Pembangunan Sahsiah
Kolej Kedua
Universiti Putra Malaysia.

Monday, December 7, 2009

tazkirah hari ini


apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..

apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..

apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..

apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJUD..

dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'

Thursday, December 3, 2009

ciri dan tanda riya'

Riya' mempunyai ciri dan tanda-tanda sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra:

Orang yg berlaku riya' memiliki tiga ciri, yaitu:

1. Dia menjadi pemalas apabila bersendirian.
2. Dia menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yg ramai.
3. Dia menambah kegiatan/kerajinan kerjanya jika dipuji dan berkurang jika diejek.


Tanda yg paling jelas adalah berasa senang jika ada orang yg melihat ketaatannya. Andaikan orang tidak melihatnya, dia tidak berasa senang.

Dari sini diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati seperti api yg tersembunyi dalam batu. Jika orang melihatnya maka menimbulkan kesenangan dan kesenangan ini bergerak dengan gerakan yg sangat halus, lalu membangkitkannya untuk menampakkan amalnya. Bahkan ia berusaha agar diketahui amalnya itu baik secara sindiran atau terang-terangan.

Diriwayatkan bahwa Abu Umamah Al-Bahili pernah mendatangi seseorang di masjid yg sedang bersujud sambil menangis ketika berdoa. Kemudian Abu Umamah mengatakan kepadanya: "Apakah engkau lakukan seperti ini jika engkau solat di rumahmu? (Teguran ini dimaksudkan untuk menghilangkan sikap riya')."