Tuesday, August 25, 2009

jom bersahur..

Makan sahur adalah pembeza antara puasa umat Muhammad s.a.w. dengan puasa Ahli Kitab. Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah makan sahur."
( H.R. Muslim dan Ahmad )



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, August 20, 2009

aku merindui mu

Kala rindu menapak kembali pada nurani yang hilang,
Senduku kembali berima,
Teringat saat suatu ketika dahulu,
Tidak pernah ku endah hadirnya rindumu,
Apalagi cinta jauh sekali,
Bahkan tak pernah ingin ku faham apa ertinya semuanya itu

Kini,
Cambuk hatiku pada kalimah-kalimah qudus,
Hatiku pecah,
pengertiannya cukup mendalam,
Mata hatiku menangis,
Bawa bersama air jernih bercampur doa semalam...

Ya,
Aku mengerti,
Untuk apa tangisku
Pada apa harus aku tangisi,
Detik ini segenab rongga nurani ku memenuh,
Hanya satu,
Untuk Kembali...

Ya Rabbi,
Sambutlah daku pada gerbang kasihMu,
Dakaplah aku dangan cintaMu,
Leburkan lah semalam dengan maghfirahMu,
Terimalah daku bersama redhaMu

Wahai Tuhanku!
Perkenankanlah cintaku,
Moga ia bukan kepalsuaan
Umpama ombak di lautan fana..
Menyimbahkan cintanya kepada pantai hanya sementara
Ingin ku tatap Mu Ya Rabbul 'Alamin
Ingin ku tatap wajah kekasihMu yang agung,
Hanya punya satu persoalan ,
Layakkah aku???

Terima kasih Rinduku,
Kau hadir dalam penantian ku
Ingin ku tebus kerugian lalu
Moga aku berupaya,
Menyambut lambaian sayang mu,
Izinkan aku sampai padanya Ya Rabbi..
Ya pada rinduku,
Ramadhan...

Wednesday, August 19, 2009

dari meja Sekretariat

Alhamdulillahi Robbil A'alamin. Wassola Tuwassala Mu'ala Ashrofil Anbiya' Walmursalin Wa'alaa Aalihi Wasohbihi Ajma'in.

Setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kepada kita dua nikmat yang paling besar, iaitu nikmat Iman dan Islam. Dengan nikmat itulah kita berada di dalam jaminan Allah bahawa orang yang beriman dan bertakwa sahajalah yang layak mendapat keredhaan-Nya.
Dengan terhasilnya blog ini, semoga ia dapat menjadi satu medan kepada kita untuk pelbagai tujuan, antaranya perkongsian idea, makluman bagi aktiviti sekretariat, pentarbiahan dan sebagainya.
Allah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.

Puasa merupakan ibadat wajib sebagai salah satu rukun bagi individu muslim yang disyariatkan pada tahun kedua hijrah, iaitu tahun kedua setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah. Malah, ibadat ini telah disyariatkan kepada orang-orang (sejak Nabi Adam a.s)sebelum Nabi Muhammad sendiri. Maka peluang ini harus digunakan sebaik-baiknya.

Diam tak diam kita sudah menghampiri bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan yang sentiasa ditunggu oleh hamba-Nya yang bertakwa. Alhamdulillah, beberapa program sekretariat yang telah disusun sebagai pengisian kepada pelajar Kolej Kedua UPM khususnya, oleh itu, marilah sama kita menjayakan program yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa sekretariat. Banyak manfaatnya. InsyaAllah...
Sekian, pendahuluan yang ringkas dari meja sekretariat.
Wallahua'lam.

Sunday, August 16, 2009

Hebatnya Al-Quran

Tinggal bebrapa hari lagi nak Puasa
Ayuh kita siapkan diri untuk berseronok di bulan Ramadhan
Bulan Keseronokan Ibadah
Salah satu cara untuk berseronok di bulan ini
banyakkan lah membaca Al-Quran
Al-Quran yand diturunkan Allah ini begitu hebat
mengapa kita sering lupe untuk mengambil pengajaran nya

Saidina Umar yang dahulunya bengis dan sangat membenci Islam
menjadi pembela Islam apabila hatinya di buka oleh Allah untuk memeluk
Islam setelah mendengar alunan bacaan Al-Quran dari Rasulullah S.A.W
dan adiknya.

Di dalam al-Quran juga diceritakan tentang sains.Contohnya proses kacukan pokok.

Surah al-Hijr:
Dan Kami menghantar angin-angin untuk mengahwinkan (tumbuh-tumbuhan)

Itu adalah satu contoh dari Al-Quran..banyak lagi yang perlu kita pelajari seperti bintang,kepentingan oksigen dalam kehidupan, wujudnya lapisan kulit dan saraf dan lain2.

tambahan pula membaca Al-Quran banyak fadilatnya.Satu huruf Al-Quran diberi 10 pahala . Dalam surah Al-Baqarah ayat 1 ada tiga huruf. Jika kita baca dapat 30 pahala.
di tambah pula dangan berkat bulan Ramadhan lagi berlipat ganda pahala kita..

Sebenarnya banyak lagi keistimewaan Al-Quran..seperti sirah yang dapat dijadikan pengajaran. nilai-nilai murni, dan watak seorang muslim untuk kita ikuti.

Ada seorang utz berkata non muslim amat mematuhi garis panduan di dalam Al-Quran tp kita seorang muslim jarang sekali kita ikut panduan Al-Quran. yang disuruh tidak di buat yang dilarang berkejar-kejar untuk melakukannya..

Ya ALLAH selamatkan kami dari kelalaian..ameen..
InsyaALLAH

Banyak lagi kehebatan Al-Quran yang kita terlepas pandang..

Saturday, August 15, 2009

JOM bERSErONOK...

Aktiviti Sekretariat Pembangaunan Sahsiah Kolej Kedua

Program Ihya’ Ramadhan

Tarikh : 28/8 hingga 10/9/2009

Aktiviti menarik

1. Ceramah RAmadhan

2. Tadarus Al-Quran

3. Bengkel Pemantapan Solat

4. Pameran dan Jualan

5. Majlis Khatam Al-Quran

6. Buka Puasa Perdana

Bersama merubah diri di bulan Ramadhan ini.InsyaALLAH

Bulan Keseronokan Beribadah...

Tuesday, August 11, 2009

doa hindar H1N1

Assalamualaikum wbt.

seperti semua sahabat2 telah sedia maklum, tanah air kita sedang dilanda wabak H1N1 yang telah menular dgn dasyatnya.

seorang sahabat telah berkongsi doa untuk menjauhi kita dari wabak tersebut. begini doanya..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan para sahabat..



jika kita perhatikan, doa ini seperti selalu dibaca, kan.. tapi dimana ye?..
ye,tepat sekali jawapan anda.. di dalam Al-Ma'thurat..
semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari virus tersebut,insyaAllah.

p/s : sy ada terdengar cerita, ade sesetengah pihak yg menyebarkan doa palsu, wallahua'alam.. semoga kita semua dpt berhati-hati.

kisah 9 Siti..

Assalamualaikum wbt.

entry kali ni sy nk berkongsi sedikit kisah wanita2 mulia yg telah melakar sejarah dunia Islam. moga semua mendapat manfaat dari sejarah wanita2 ini, insyaAllah.

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2

Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh

org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda

beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd

suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan

1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku

takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas

makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ

beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup

ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.

Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu

mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah

yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan

Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg

dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda

menjadi insan mulia.


8 ) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana

setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul

oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn

cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.

Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan

org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm

rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'

Saturday, August 8, 2009

titipan pertama

Assalamualaikum
madah pembuka bicara..


detik 8 ogos 2009,
tercetus evolusi mencipta tradisi,
demi memanfaatkan teknologi,
GL0rY 0f s0uL wasilah Manbaul Ilmi.

penubuhan blog sps k2 ini diharapkan menjadi wadah perkongsian ilmu juga penyambung silaturrahim diantara hati setiap insan. InsyaAllah.

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Sekretariat Pembangunan Sahsiah Kolej Kedua,UPM.


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini