Wednesday, August 19, 2009

dari meja Sekretariat

Alhamdulillahi Robbil A'alamin. Wassola Tuwassala Mu'ala Ashrofil Anbiya' Walmursalin Wa'alaa Aalihi Wasohbihi Ajma'in.

Setinggi- tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kepada kita dua nikmat yang paling besar, iaitu nikmat Iman dan Islam. Dengan nikmat itulah kita berada di dalam jaminan Allah bahawa orang yang beriman dan bertakwa sahajalah yang layak mendapat keredhaan-Nya.
Dengan terhasilnya blog ini, semoga ia dapat menjadi satu medan kepada kita untuk pelbagai tujuan, antaranya perkongsian idea, makluman bagi aktiviti sekretariat, pentarbiahan dan sebagainya.
Allah berfirman dalam surah Al-baqarah ayat 183:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Terjemahannya : “ Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa ”.

Puasa merupakan ibadat wajib sebagai salah satu rukun bagi individu muslim yang disyariatkan pada tahun kedua hijrah, iaitu tahun kedua setelah Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah. Malah, ibadat ini telah disyariatkan kepada orang-orang (sejak Nabi Adam a.s)sebelum Nabi Muhammad sendiri. Maka peluang ini harus digunakan sebaik-baiknya.

Diam tak diam kita sudah menghampiri bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan yang sentiasa ditunggu oleh hamba-Nya yang bertakwa. Alhamdulillah, beberapa program sekretariat yang telah disusun sebagai pengisian kepada pelajar Kolej Kedua UPM khususnya, oleh itu, marilah sama kita menjayakan program yang telah dirancang oleh ahli jawatankuasa sekretariat. Banyak manfaatnya. InsyaAllah...
Sekian, pendahuluan yang ringkas dari meja sekretariat.
Wallahua'lam.

No comments: