Wednesday, September 23, 2009

Sunday, September 13, 2009

pertandingan mewarna kemerdekaan


Assalamualaikum wbt.

sekretariat integrasi, pengantarabansaan dan alumni K2 telah mengadakan pertandingan mewarna sempena kemerdekaan pada 13.9.09.

kami warga SPS tidak ketinggalan menghantar wakil utk ke pertandingan tersebut.

syarat pertandingan ini adalah perlu mewarna menggunakan cat tanpa menggunakan berus, tetapi perlu menggunakan tangan.
memang seronok la mengotorkan tangan bermain cat..
bermacam2 warna..

di awal pembikinan banner

inilah hasil mewarna menggunakan tangan


TERIMA KASIH KEPADA YANG MENJAYAKAN DAN SETIA KEPADA SEKRETARIAT PEMBANGUNAN SAHSIAH..

Iftar sekretariat

Assalamualaikum wbt.

pada 12.9.09, hari Sabtu
kami warga SPS telah mengadakan Iftar
uniknya iftar kali ini,
makanan tidak ditempah dari mana2 catering
tetapi dimasak sendiri oleh kami (^_^)
Dra Ummi Salamah juga turut berbesar hati menderma buah-buahan
dan kuih-muih

moral yang dapat sy ambil ketika memasak beramai-ramai ini adalah
ia dpt mengeratkan ukhwah sesama kita.

terima kasih kpd 2 org felo penasihat kami
Dra Ummi Salamah dan Encik Ahmad Warid
kerana sudi turun padang
berbuka bersama kami.

terima kasih juga diucapkan kpd sahabat2
yg sanggup membantu
pergi ke pasar, memasak, menghidang dan mengemas semula




semoga ukhwah diantara kita kekal bertaut kerana Allah..

Tuesday, September 8, 2009

review ceramah Prof Madya Dr Mat Rofa

Ramadhan dan ESQ

..........

Alhamdulillah kita telah berjaya menjayakan satu program iaitu ceramah ramadhan. Walaupun majlisnya tak seberapa, namun bukan itu yang menjadi ukuran para intelektual. Pada hakikinya, sistem perwarisan ilmu sebagai penjana iman tidaklah memerlukan suatu kondisi yang bersangatan protokolnya, sehingga pada akhirnya, input-input yang dijana berkurangan ruhnya seterusnya melahirkan pendengar yang hanya mampu mendengar tetapi tak bisa menganalisa.

..........

Bercakap mengenai ESQ sebenarnya suatu yang pada dasarnya adalah sinonim dengan keadaan fitrah kita sebagai manusia yang mana, sebenarnya telah wujud sejak penciptaan manusia yang pertama lagi. Namun kajian mengenainya baru diperkasakan pada abad ini. Pada asalnya, teori ESQ itu dicipta daripada barat hasil perbincangan mengenai permasalahan moral yang semakin hari semakin menuju kearah kejatuhan tamadun.

..........

Pada hari ini dunia menyaksikan pelbagai perkara-perkara yang teruk yang dicipta dan diamalkan dibarat. Perkara-perkara ini seterusnya disebar-biakkan keseluruh pelosok dunia. Masalah-masalah seperti ‘gender pollution’ menjadi semakin hangat diperkatakan. Penzinaan menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat barat, hingga perkahwinan dianggap sebagai satu perjanjian yang hanya sah di atas kertas. Tambahan pula dengan masalah ‘lelaki lembut’ atau ‘perempuan keras’ yang mencemar dan mengotori sifat-sifat kelakian dan kewanitaan juga merupakan golongan yang tergelincir dari landasan fitrah yang suci. Selain permasalahan tersebut, kealfaan manusia yang menyebabkan mereka ‘miss interpret’ tujuan hidup mereka juga menjadikan kekayaan harta sebagai matlamat hidup yang utama.

..........

Atas dasar itu, para intelektual yang menyedari akan hal ini telah berbincang maka lahirlah ESQ iaitu Emotion, Spiritual dan quotitation.

..........

Islam dan ESQ

Review Bengkel Pemantapan Solat


Di sini ana nak bg sedikit ulasan pasal Bengkel Pemantapan Solat

Bengkel yang berlansung pada 16 Ramadhan telah menjemput Dr. Lukman Abd Mutalib dari Fakulti Pengajian Pendidikan.. Bengkel berkisar kepada asas dalam bersuci dan solat secara berjemaah. Sambutan memberangsangkan.

.....



Bengkel di mulakan dengan satu cerita. Dari sabda Rasulullah SAW. Terdapat dua orang ahli kubur yang diseksa. Pertama orang yang mengumpat. Orang yang kedua orang yang tidak membersihkan pakaiannya dari kencing (najis).Maka Rasulullah menanam pohon tamar di atas kubur tersebut agar pohon tamar tersebut sentiasa bertasbih memohon keampunan untuk ahli kubur tersebut..
.....

#Lebih kurang begitu cerita nya..Maka kita perlulah sentiasa membersihkan dan menycikan diri terutamanya ketika hendak berjumpe Pencipta kita..

.....

Slot pertama : bab taharah

Skop taharh terbahagi kepada dua...taharah dari najis dan taharah dari hadas..

Taharah mboleh dilakukan dengan air, tanah/ debu tanah, batu/sebarang benda kesat

Air terdapat terbahagi kepada beberapa bahagian. Dan air yang digunakan untuk membesih dan menyucikan adalah air mutlak..Air panas yang dijemur dalam bekas zink ialah air musyammas dah makhruh di gunakan untuk berwuduk.

Benda yang dikatakan tanah tanah atau debu tanah adalah apa yang ada disetiap permukaan bumi. Dan menurut ustaz debu di dinding pon boleh digunakan sebagai medium untuk bertayammum.



.....

Untuk menyucikan diri dari najis yg boleh membatalkan solat kita mempunyai beberapa cara. BASUHAN, ISTINJAK, SAMAK/ DIBAGH..

Senang jer nak membersihkan najis nie..Seperti sedia maklum terdapat 3 jenis najis. Nak membasuh najis nie kene buang ain die dulu. Kemudian disiram dengan air mutlak Hilang bau, warna dan rasa..dah OK.(mutawasitah).

Taharah dari hadas pula melalui mandi wajib dan berwuduk. Wuduk adaln komponen penting dalam solat. Tidak sempurna wuduk x sempurna solat.

Semasa mengambil wuduk jangan lah membazir air. Mebasuh bermula dengan bahagian kanan. Kalau nak basuh tangan bermula di hujung jari dan ke siku. Bukan dari siku ke jari Dan air itu hendak lah diratakan. Dan banyak lagi

# Islam itu Indah. Bersih. Mudah.


.....

To be continue…..

Friday, September 4, 2009

mari.. marii... mari ke gerai kami..!!!

Assalamualaikum wbt.

sepanjang Ramadhan yg mulia ini, sekretariat pembangunan sahsiah mengadakan jualan.

tempat : di hadapan bilik jaringan perdana
masa : 5-7 petang dan selepas tarawikh

bermacam-macam barangan yg kami jual.. kismis, kurma, kordial.. aneka kuih raya.. pelbagai jenis kerepek.. kain pelikat.. baju muslimah.. kain pasang.. telekung.. dan banyakkk lagi..

mari, mari datang ke gerai kami..

murah.. murah..