Tuesday, September 8, 2009

review ceramah Prof Madya Dr Mat Rofa

Ramadhan dan ESQ

..........

Alhamdulillah kita telah berjaya menjayakan satu program iaitu ceramah ramadhan. Walaupun majlisnya tak seberapa, namun bukan itu yang menjadi ukuran para intelektual. Pada hakikinya, sistem perwarisan ilmu sebagai penjana iman tidaklah memerlukan suatu kondisi yang bersangatan protokolnya, sehingga pada akhirnya, input-input yang dijana berkurangan ruhnya seterusnya melahirkan pendengar yang hanya mampu mendengar tetapi tak bisa menganalisa.

..........

Bercakap mengenai ESQ sebenarnya suatu yang pada dasarnya adalah sinonim dengan keadaan fitrah kita sebagai manusia yang mana, sebenarnya telah wujud sejak penciptaan manusia yang pertama lagi. Namun kajian mengenainya baru diperkasakan pada abad ini. Pada asalnya, teori ESQ itu dicipta daripada barat hasil perbincangan mengenai permasalahan moral yang semakin hari semakin menuju kearah kejatuhan tamadun.

..........

Pada hari ini dunia menyaksikan pelbagai perkara-perkara yang teruk yang dicipta dan diamalkan dibarat. Perkara-perkara ini seterusnya disebar-biakkan keseluruh pelosok dunia. Masalah-masalah seperti ‘gender pollution’ menjadi semakin hangat diperkatakan. Penzinaan menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat barat, hingga perkahwinan dianggap sebagai satu perjanjian yang hanya sah di atas kertas. Tambahan pula dengan masalah ‘lelaki lembut’ atau ‘perempuan keras’ yang mencemar dan mengotori sifat-sifat kelakian dan kewanitaan juga merupakan golongan yang tergelincir dari landasan fitrah yang suci. Selain permasalahan tersebut, kealfaan manusia yang menyebabkan mereka ‘miss interpret’ tujuan hidup mereka juga menjadikan kekayaan harta sebagai matlamat hidup yang utama.

..........

Atas dasar itu, para intelektual yang menyedari akan hal ini telah berbincang maka lahirlah ESQ iaitu Emotion, Spiritual dan quotitation.

..........

Islam dan ESQ

No comments: