Tuesday, October 13, 2009

ujian kontemporari

Bismillahirrahmanirrahim

Tak terkata lidahku…sekejap tergelak , sekejap ternangis - Astaghfirullahal a’zhim - itulah perkataan yang termampu ku ucapkan. Masakan tidak, malam itu aku dihiburkan dengan dengan kerenah yang bercampur-baur bentuk maksiatnya – tarian, lakonan, pergaulan tanpa sempadan dan berbagai lagi bentuk maksiatnya – subhanallah - dalam keadaan kalimah syahadah yang terbuku dihati, masih lagi kita mampu melayani kerenah mata, hati dan segala rongga-rongga syahwat dengan perkara-perkara mungkar – astaghfirullahal a’zhim – lagikan aku, insan yang melalui detik-detik tarbiyah pun terhanyut dibuai arus kesyahwatan, apatah lagi umat-umat yang masih lagi mencari-cari lubang-lubang kebahagian bagi memenuhi kehendak fitrah – terus-menerus terbuai dan terbuai hingga akhirnya mereka terlena dalam mencari-cari dimanakah celah-celah kebahagian itu – nafsu...memang sentiasa meminta untuk dilayani – walau dalam apa keadaan sekalipun – tika puasa, solat, mengaji – semuanya tidak terlepas dari gangguan nafsu – ‘alah cukup la ni’‘sikit-sikit sudah’ – begitulah senarionya tatkala mengerjakan kebaikan – ‘Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (2;249) - ‘kema’rufan yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kemungkaran yang terancang’ – begitulah Saidina Ali memberikan pesanan kepada umat ini dalam persiapkan diri untuk menghadapi dunia kedajalan ini – langkah-langkah dakwah dirasakan semakin perlahan dek hari berlalu – pancangan-pancangan virus maksiat dirasakan semakin bertapak dihati – kelembutan hati dirasakan semakin tertewas kepada arus-arus hiburan – seterusnya mengeraskan hati-hati suci ini – sudah berapa ramai jundi –jundi Allah terpelanting – jatuhnya kerana seorang wanitajatuhnya kerana pangkatjatuhnya kerana hiburanjatuhnya kerana kesibukan dunia – dan jatuhnya disebabkan bermacam-macam asbab lagi – ku persoalkan jiwa ini – sampai bila ia mampu bertahan – akan terkandaskah ia ditengah jalan – atau maut sebagai penyudahnya – kegoncangan iman dirasakan semakin kuat hari demi hari – apakah ini petanda hatiku sudah mula diselaputi bibit-bibit kehitaman – bermulanya kisah ini dengan kisah ukhuwwah yang sejahtera – berakhirnya kisah ini belum kutemui petanda-petanda yang jelas – apakah mungkin peringatan Ar-rasul yang mulia bahawasanya diakhir zaman nanti, umat yang dikurniakan kalimah syahadah akan menjadi selemah buih-buih dilautan juga disandarkan kepada insan-insan yang bergelar dai’ – banyak manusia yang mendakwa diri mereka sebagai dai’ – namun keberadaan mereka dalam masyarakat tidak membawa sebarang erti - yang tinggal hanyalah perasaan keujuban yang meledak-ledak mengatakan aku lebih baik daripada dia - ‘perlindungkan diriku dari sifat demikian wahai Tuhan pemberi hidayah’ – ‘wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan memperteguhkan kedudukanmu’ (47;7)Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah" (61;14) – bangkitlah duhai ikhwah wal akhawat sekalian – persiapkanlah dirimu - mohonlah kepada Rabbul a’lamin agar diperkuatkan keimanan duhai ikhwah wal akhawat sekalian – Islam tidak akan pernah bangkit melainkan dengan umat-umat yang sanggup membangkitkan diri mereka melawan arus-arus kejahilan dengan sepenuh jiwa dan raga demi Allah azza wa jalla - Teruskanlah perjuangan – Allah ghayaatuna, Arrasul qudwatuna, Alquran dusturuna, Aljihad sabiluna, Almaut fi sabilillah asma amaanina – Allah adalah tujuan kami, Rasullullah taladan kami, Alquran pedoman hidup kami, Jihad adalah jalan juang kami, Mati dijalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.

[cetusan rasa saudara Hafis Aliaziz]

2 comments:

LeEn~KB said...

alhamdulillah....
allah bg kesederaan lg pd kita...
xterus hanyut d tgh2 lautan kemaksiatan...
sama2 la kita menegakkan agama Allah...

semoga berjaya semua utk final exam...

Anonymous said...

Ya Allah, jadikan lah dunia ini hanya digenggaman kami, bukan bermukim dihati..amin..